Thursday, October 27, 2011

Toy Story 2

Teka kat mana ni?
Toy Story bersambung dengan bahagian II. 

Anak-anak patung yang di hantar ke dobi sudahpun sedia untuk diambil.  Dua suka-taksukakenajuga-relawan meluncur ke Puchong Perdana untuk upacara angkut-mengangkut. Sekarang kita ada satu bonet anak-anak patung untuk dijual. Memang bagus ada pacuan roda empat dengan bonet yang besar macam ni. Dun speak too soon..

Sampai di USJ21, cuaca yang terang benderang tiba-tiba menjadi mendung. Hujannn!!! Misi menyelamatkan anak patung pun bermula.  Lain kali, sediakan penutup sebelum hujan.  Mujurlah anak2 patung dibungkus dengan kemas dalam beg plastik, kalau tidak mahu lenjun dek hujan.  Kesian para penyelamat...kaw-kaw kena hujan.  Bila lagi nak main hujan, dik???

 
Bergambar beramai-ramai
Tweety SOLD, lady in red SOLD,lady in black SOLD, kuda hitam aduhhh SOLD,monkey no.1 SOLD, mickey SOLD, Lola SOLD, miaw2 SOLD, grover (is that grover?) SOLD, bert SOLD. Terimakasih pada anak-anak dan ibu2 yang telah membantu Ummu Salamah. 



Hunny Bunny (saiz XXL)  siapa mahu??

No comments:

Post a Comment