Wednesday, December 14, 2011

Tingkat Bawah Siap

Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya tingkat bawah sudahpun selesai dipasang jubin.  Secara amnya, lantai dan siling sudah selesai, tinggal lagi dinding yang perlu dicat dan tingkap yang perlu dipasang cermin.  Mungkin lepas ni online shop MyUmmu Salamah (http://myummusalamah.shopforcharity.biz/) boleh order cat pula. 

Wak Hasyim pun dah menerima bayaran ke-2 nya. Cantik tulisan Wak... :)







Wak Hasyim cuma kira 800 kaki sahaja untuk upah Tingkat Bawah.  Terimakasih Wak atas kerja-kerja Wak, moga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk Wak dan rezeki yang berlipat kali ganda. 



Pasir pun dah sampai, simen untuk second pallet pun dah sampai.  InsyaAllah kerja-kerja pemasangan dan  pembinaan akan ditreruskan minggu depan. Memang dah tak sabar rasanya nak masuk asrama baru, kan dik, kan??



Monday, December 12, 2011

Hall of Fame II

:)


Congratulations to all the agents and friends.  
Top Agents:
1. Wanita Hebat Kia @2390
2. Harath (da Tile Boss) @2000
3. Kyril (again) @1740
4. Kak Hajjah @1110
5. Nawal @930
6. Yan  @830

Sorry, McNa and Myself kena tendang sb quota dah cukup. BAKIT menyumbang sebanyak RM2000 untuk tujuan ini. Terimakasih.

12.12.11

Sama-sama kita memanjatkan kesyukuran pada Allah SWT kerana dengan kekuasaanNya ditemukan kita dengan insan-insan soleh berhati mulia, yang sanggup membantu kala ada insan yang memerlukan.  Maka, hari semalam, Isnin 12.12.11, Tabung atau Akaun Jubin kita secara rasminya telahpun ditutup. Bermakna, rakan-rakan kita telahpun sponsor 9000 keping jubin dengan harga RM1 sekeping.

Jubin-Jubin ini telahpun sampai (dibeli secara kredit) pada 6 Disember.  Kerja-kerja pemasangan bermula keesokan harinya. Memandangkan belum ada lagi sesiapa yang menaja jubin2 ini, kami sepakat melantik Harath sebagai ketua Tabung Jubin dan dilancarkan pada 8 Disember. Sejurus selepas ia dilancarkan, tabung berjaya mendapatkan 2500 tajaan jubin.  Secara ringkas:

Day 1. Khamis, 8/12 : 2500 sponsored
Day 2. Jumaat, 9/12 :  +4990
Day 3. Sabtu, 10/12 : +2310
Day 4. Ahad, 11/12 : +530
Day 5. Isnin, 12/12 : +2000

To give a grand total of RM12330.  Yup, ada extra RM3330.  Jadi, baki selebihnya telahpun dipersetujui oleh beberapa penderma terakhir untuk digunakan bg membeli simen (anggaran RM1540) serta menampung kos pemasangan. Inilah masalah yang tiba-tiba timbul. Jika dilihat daripada gambar yang disiarkan sebelum ini, kita perhatikan simen yang agak tinggi perlu digunakan dibeberapa tempat.  Ini disebabkan oleh level lantai yang tidak sama.  Mengikut Bro Mufa, semasa lantai ini dibina, simen mix digunakan dan kurang drp sepatutnya menyebabkan lantai tidak sama level di beberapa kawasan.  Jadi, sekarang kita ada option utk buat balik, tapi kosnya sangat tinggi.  Bro Mufa dah pun membuat kiraan samada render, or just turap dgn simen + jubin. He already calculated and dengan kewangan yang ada, kita opt yang ini sahaja (lihatlah komennya kat bawah, errr... Kia, aku mmg tak paham so I leave it to the expert lah) 

Sebenarnya timbul bebeapa persoalan takut membazir etc. Frens, lemme tell u, Bro Mufa and the rest of perngurusan Ummu Salamah adalah manusia paling berjimat pernah saya jumpa. Mungkin ini adalah disebabkan pengalaman membela anak2 yang ramai. Saya masih ingat mcm mana Bro Mufa bersungguh2 mahukan 2 bilik penginapan sahaja semasa di Jln Masjid India. Dan kami pula berkeras mahu berikan 8 bilik kerana pentingan keselesaan anak-anak.  Ada satu cerita lagi di mana Bro Mufa sudah jumpa satu mata air sebesar kelingking di kawasan asrama depa. Bulan lepas, katanya, bil air turun drp RM800 ke RM150, disebabkan oleh penggunaan mata air tersebut (rahmat Allah).  Jadi, saya sentiasa percaya pihak pengurusan Ummu Salamah telahpun membuat perkiraan untuk hasil yang terbaik di Ummu Salamah.  Saya tahu rakan2 yang bertanya jugak inginkan hasil yang terbaik untuk Ummu Salamah, akan tetapi kita sentiasalah perlu ingat kita cuma menaja jubin, tapi belum ada yg menaja kos pemasangan dan lain-lain lagi. Pemasangan masih perlu ditanggung oleh Ummu Salamah sendiri. 

Ini gambar2 sekitar pemasangan Jubin hari pertama:
Piles of Tiles

Tingkat bawah
Tingkat Atas

Kerja bermula





Lagi pemasangan jubin....



Cepatnya... kata orang, lagi cepat duit, lagi cepat siap, betul ke? :)

InsyaAllah, pemasangan jubin akan selesai sekitar 10 hari bekerja. Jadi, Dalam masa seminggu lagi, kita boleh tengok hasilnya. InsyaAllah. Terimakasih untuk semua yang telah menyumbang tenaga, akal dan of course kewangan, bagi menjayakan pemasangan jubin di Asrama Puteri Ummu Salamah. Moga Allah akan membalas keikhlasan mukmin dan mukminah seperti saudara saudari dengan limpah kurnia yang setimpal. Amin... TQ semua. TQ.





MUFARA said...
Oii, apa yg puji melanbung tinggi ni? Gambar yg kedua tu adalah hari yg ketiga kerja pasang tile, so, pakat tengok yg sebelah baru tu, simen dah tinggal dlm seinci, untuk cukupkan tebal lantai 10 inci (bangunan cerun bkt, better 12 inci lantai lo)Kos kalau render lantai dulu sebelum pasang tile adalah sekitar rm3758, kemudian pasang tile lagi 4818, total dah 8500 lebih. Im trying to save some money here, also some time, so buat render serentak dgn tile, upah reduce ke 2.40 per sq feet, instead of 100 bag simen for both job, we est to use 88 bag of simen, or may be less. time dah jimat 2 hari on rendering tu



Sunday, December 11, 2011

Barang Sudah Sampai!

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas kurniaanNya. Hari ini merupakan hari yang sangat membahagiakan apabila saya menerima gambar-gambar simen daripada Bro Mufa. Wah, tak pernah sepanjang hayat tersenyum dan terharu melihat gambar2 simen. Ini bukan simen sebarang simen, tapi simen dermaan rakan-rakan sekalian yang telah banyak menyumbang untuk pembinaan Asrama Puteri Ummu Salamah.  

Ini adalah simen-simen daripada palet pertama sebanyak 44 kampit semuanya.  Memandangkan simen mudah keras, Ayong akan menghantar mengikut keperluan pembinaan sebanyak 200 kampit semuanya. Begitu juga dengan barang2 yang lain. Akan dihantar secara berperingkat mengikut jadual pembinaan. Mengikut perkiraan Bro kita, genap dua bulan, InsyaAllah akan siaplah asrama ini.

Ada catatan Bro Mufa pada gambar "...sponsored by Alumni PKP MRSM Kulim..." memang benar ramai rakan2 dalam PKP yang telah menyumbang, akan tetapi yang lebih banyak adalah daripada rakan-rakan kami!  Jadi, saya telah menambah "... & Friends"pada kedua-dua gambar.  Kami ini hanya penghubung kepada Ummu Salamah.  Kami inilah yang harus berterimakasih atas pengalaman dalam membantu menjayakan projek ini.

From a dear fren of ours:
"It took us 18 days to achieve the targeted amount. Dont know how long it would take if only 1 person did all the work. Beside the $, I think we got a lot more.... 1) We got a lot closer or at the minimum we managed to rekindle friendship that has been idling 2) We got new friends i.e. Bro Mufa, Sis Salamah & anak2 Ummu Salamah 3) We got to experience the good side of our fellow humans/muslims in the way diorang/you all sacrifice your time and $ & 4) last but not least we got to experience....

Yang dot dot dot tu saya tak tunjuk lah, sebab dia mengutuk saya lepas tu (ha ha). I agree with Haris, byk kenangan manis telah pun dicipta sepanjang kita membantu Ummu Salamah mendapatkan bahan-bahan binaan bagi asrama ini.  Tidak dapat kami bayangkan begitu ramai insan yang berhati mulia seperti sahabat-sahabat sekalian dalam membantu insan-insan lain yang kurang bernasib baik seperti anak-anak di Ummu Salamah. 

Semoga Allah mengurniakan lebih banyak ilmu, iman, rezeki dan manafaat yang banyak dalam kehidupan dunia dan akhirat semua rakan-rakan, sahabat handai dan para penderma yang telah menjayakan pembinaan Asrama Puteri ini. Amin.  



Thursday, December 8, 2011

Jumaat Yang Berkat

Alhamdulillah, Jumaat yang sangat berkat... 24+ jam selepas Sponsor Jubin Asrama Puteri dilancarkan, rakan-rakan telah berjaya meraih sponsorship untuk 7140 keping jubin.  Teruskan usaha murni sahabat. Moga diberkati Ilahi. Di bawah ini adalah carta terbaru, dengan hanya 1860 keping sahaja lagi tinggal untuk di sponsor. Terimakasih semua!


Update 9 Disember


Asrama Puteri Ummu Salamah

Lantai yang perlu diturap dgan jubin

Pemasangan yang sudah pun bermula

Dua pekerja yang bertugas

9000 keping jubin sedia untuk di 'sponsor'


9000 Keping Jubin

9000 Keping Jubin sedia untuk di'sponsor'. Harath The Tile Guy mengetuai misi kali ini di bawah program Apprentice versi zalim.  Kak Hajjah dan Yan sudah siap siaga untuk menghulurkan bantuan. Tengoklah Kak Hajjah kita, baru je minggu pertama masuk kerja, dah pulun kerja habis-habisan. Dia cakap macam nak pengsan tengok kerjanya yang menimbun. 5 thesis untuk dibaca on top of other things!

Berikut adalah carta hari pertama Sponsor Jubin setiap petak kecil mewakili 1 Jubin. Jadi, target kita adalah memasukkan seberapa banyak gambar yang boleh ke dalam carta ini. Gud Luck!
Harath 1000kpg, Yan 500kpg, Nawal 400kpg, McNa 100kpg, Mag 200kpg, Kia 200kpg, Kak Hajjah 100kpg. TOTAL = 2500 keping.


Sunday, December 4, 2011

Kedai Ayong

Alhamdulillah, setelah beberapa hari menunggu, akhirnya jumlah yang dikutip telahpun dimasukkan sepenuhnya ke akaun Alumni.  Terimakasih Fina untuk kerja keras sahabat. Moga Allah memberikan seribu kebaikan buatmu.

Kami pun dah survey harga barangan dan last2 Kedai Ayong jugak menjadi pilihan kita.  mengikut kata Bro Mufa, Ayong dah banyak bantu mereka.  Ayong pun memang sangat-sangat bermurah hati dengan Ummu Salamah. Pada Ayong, lagi banyak dia bantu Ummu Salamah, lagi banyak rezeki Allah akan bagi. Syukur kita pada Allah dengan kebaikan Ayong. Sungguh2 terharu melihat rakan-rakan non-Muslim kita.

Hari ini Kedai Ayong@ESH Hardware telahpun menghantar invoice yang berjumlah RM24268.00. Memang ada sedikit kenaikan harga yang telah kita jangka dari awal. Dan kita dah top-up dengan duit derma kawan-kawan yang lain.  Tinggal lagi kita perlu usahakan duit bayaran upah pekerja bagi menyiapkan bangunan Asrama Puteri Ummu Salamah!

Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang telah mendermakan bahan binaan untuk menyempurnakan Asrama Puteri Ummu Salamah.  Suatu hari nanti, mungkin kita di tolong oleh sebiji bata atau sebiji batu yang kita dermakan ini.... atau mungkin oleh sebuah mangkuk tandas. Hanya Allah mampu membalas budi kalian. Hsieh Hsieh.

Dah tak sabar rasanya nak masuk asrama baru, kan??






Macam Semut Je!

Alhamdulillah, selamat akhirnya budak berlima tu masuk jawi. Bak kata Upin & Ipin - Macam Semut Je!






5 tilam, 5 kelambu, 5 jejaka :)
  
Pemandangan musim cuti sekolah :)




Macam semut je...

Aktiviti di musim sekolah :)
 
Buku dan permainan di taja oleh kakak baju petak2 tu, kan?
 


Sedikit jamuan utk anak-anak
Cantik korang susun ya...

Air tangan Kak Wani kita :)

Ayam hangit cap faizal?

Buah kerdas pun korang makan ya?

Ni peserta yang menunngu giliran utk tahun depan

Pandak sampai tak sedar mak mertua lalu...



Doa Selamat

Cuti sekolah telahpun bermula. Lima orang anak-anak Ummu Salamah akan masuk jawi.  Teringat-ingat kita perihal anak-anak makan di Jalan Masjid India. Mujur tak pengsan cikgu kami melihatnya. Ha ha... akan tetapi Alhamdulillah, berkat kesusahan tempoh hari, seorang insan prihatin telah bermurah hati mendermakan RM1000 untuk jamuan doa selamat sempena hari Jawi budak berlima ini. Terimakasih.

Kami dimaklumkan, ada tetamu istimewa di majlis tersebut, siapa lagi kalau bukan abang-abang polis Gerik yang baik-baik belaka tu. Ketua Balai sangat-sangat bermurah hati memberikan sedikit buah tangan untuk anak-anak Ummu Salamah yang nak masuk jawi ni. Suka hati lah budak 5 orang tu :)

Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis doa selamat tersebut.
Yummm.. ni emsti Pandak masak ni?


Gotong royong sediakan jemuan
 
Berebut nak tolong hidangkan :)
 



Tetamu yang hadir

Alhamdulillah
Anak-anak makan bersama Ketua Balai

Special korang hari ni... tunggu besokkk... :))

The girls bersempit di dapur!

Tak pe bersempit pun, korang boleh tambah bila2 masa :)



Bergambar kenangan bersama Ketua Balai :)


Beratur, bersalam utk hadiah :) drp Ketua Balai

Laaa... ingat Pandak beratur jugak tadi. Sori Pandak, silap paham!