Thursday, November 17, 2011

Genap 18 Hari

Click for larger image

Hari yang bahagia. Hari ini genaplah 18 hari Alumni PKP MRSM Kulim 89 melancarkan projek Jualan Bahan Binaan Asrama Puteri Ummu Salamah. Rupanya the e-mel yang pertama telah di hantar pada hari Selasa, 1 November 2011. pada jam 9.27am. Cukup lengkap sekali catatannya. Begitulah hidup kita, dihisab setiap hari dengan catatan di kiri dan kanan. Mari kita tengok:

Tue, Nov 1, 2011 at 9:27 AM 

Assalamualaikum sahabat2 sekalian, Since saya sudahpun dilantik secara rasmi (oleh Makcik Kiah) sebagai Ketua Jawatankuasa Jual Menjual, jadi dengan ini ada satu lagi agenda yang belum dibereskan, iaitu untuk menyiapkan Asrama Puteri Ummu Salamah. Dalam agenda kali ini, kita memerlukan agen2 dalam dan luar negara untuk memasarkan produk2 seperti berikut: 

1. Simen 200 bag rm18.00 each 
2. Kapur Air 400 bag rm 2.50 each 
3. Mangkuk Tandas 10 unit rm 70.00 each 
4. Longkang 100 unit rm 15.00 each 
5. Pagar Hijau 5' 50 gulung rm100 segulung 
7. Pasir 30 lori rm60.00 selori 

Jadi, dengan ini, kami telah mencadangkan agar kita sama2 dapat mencari pembeli untuk barangan2 tersebut. Bersama dengan e-mel ini saya lampirkan file pdf bagi memudahkan sahabat membuat urusan jualan. Seperti contoh, Harath sudahpun bersetuju untuk menjual Simen. Jadi, apa yang Harath perlu buat ialah, printkan lampiran, dan cari sekurang2nya 15 pembeli. Jadi, Harath akan membawa sekurang2nya 15 kampit simen untuk Ummu Salamah. terimakasih, harath. Jadi, sahabat2 sekalian, please email me, which item u're intersted in. Otherwise i have to allocate who's selling which item. I really hope each and everyone can contribute their energy this time. I really really need you guys on this. Sapa lambat chop, i akan suruh dia jual magkuk tandas! ha ha... tak pe, yang tu kita bagi dekat McNa.

Mag 
Ketua JK Jual Menjual, Alumni PKP MRSM Kulim 89 :) 

Itulah e-mel pertama. Alhamdulillah, selepas 18 hari, yang penuh dengan warna warni, akhirnya kita sama-sama telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM23,430 untuk penyiapan Asrama Puteri Ummu Salamah.

Memang projek ini penuh warna warni kerana kali ini lebih ramai anggota Alumni yang turut sama mengembeling(Sori Cikgu Shaariah, tak reti eja...) tenaga. Nawal merupakan ejen yang pertama direkrut oleh Syarikat Jual Menjual ini. Kepantasan Nawal meraih jualan sebanyak RM1000 telah menyebabkan Haris tidak tidur semalaman.  Keesokan harinya, sebelum subuh lagi Haris serta merta menjadi ejen pertama yang berjaya menjual sebijik mangkuk tandas. Walaubagaimanapun, Ejen Cik Puan merasa sedikit tergugat kerana sebijik mangkuk tandas tealh dirampas oleh Haris. Justeru, beliau mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjual keseluruhan mangkuk-mangkuk itu.  Dengan kata lain, habis dibolot kesemuanya oleh Cik Puan kita.

Ejen bata 001 aka Ka Zam pula melaksanakan tugas dengan penuh tawaduk.  Entah pelaris gred berapa beliau pakai sehingga akhirnya beliau mendapat potongan diskaun harga bata sebanyak 50%.  Inilah yang dikatakan sebagai the power of Zam Zam Ala Kazam.   Bata-batanya dapat dibeli pada harga 20 sen satu, menyebabkan peratus jualannya terus mendadak naik ke daripada 40% ke 80%. Tahniah Ka Zam, jampi kau memang menjadi. Satu-satunya ejen kita di Putrajaya ialah Ejen Nik. Pejabat urusan bergeraknya laris seperti goreng pisang panas di Gate 3. Tahniah Nik!

kaler ni Ok?
Ejen batu kerikil, Sherry pula merasa sangat-sangat tidak berpuas hati kerana Ejen-Ejen Ubi - Khairil dan Mas secara tiba-tiba membawa sale yang banyak, menyebabkan akaun Jual Menjual terpaksa ditutup serta merta. Itulah yang dikatakan diam-diam ubi, berisi.  Ejen Sherry baru nak masuk gear dua, dah nak kena reverse.  Tak pe Sherry, nanti ko boleh cuba jual lori simen pulak, ya. (Cantik tak, cuba kau lihat gambar). Dalam pada kegembiraan pasti ada kesedihan. Kali ini Ejen Harath terkandas di kedai Salvatore Ferragamo di kota Milan, menyebabkan belum sempat buka kedai simen, simen telah licin dijual oleh Nawal dan Khairil.  Sebenarnya, ramai lagi yang mahu membuat Belian Amal ini, akan tetapi jumlah yang dikehendaki sudahpun cukup, dan jangan bimbang, kami akan membuat Jualan 2nd Wave tahun depan bagi membina Asrama Lelaki Ummu Salamah pula. InsyaAllah.

Semoga Allah meredhoi dan merahmati usaha ejen-ejen sekalian, juga para sahabat yang telah memberikan sumbangan ini.  Anggaplah diri kita ini sebagai jambatan yang menghubungkan dunia luar dengan anak-anak Ummu Salamah. Sebuah jambatan itu tegap berdiri walaupun dilalui oleh sebuah lori simen(milik Sherry) yang besar. Itulah kita, tegar membantu demi senyuman anak-anak di Ummu Salamah. So, Makcik Kiah pun dah tersenyum lebar. Tinggal lagi urusan pembelian dan pembinaan Asrama Puteri Ummu Salamah. Doakan semuanya berjaya. Amin...Sekali lagi, kudoakan kebaikan dunia dan akhirat buat semua yang telah menjayakan projek ini. 

To all the agents, Congratulations on your great achievements!
Mag (merangkap JK Jual Menjual, Alumni PKP MRSM Kulim 89)




Have A Heart

Help them build their home.


Wednesday, November 16, 2011

Before Everything Turns Yellow :)


Derma yang mencurah-curah datang hari ini. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Berkat ketabahan ejen-ejen antarabangsa kita, bertugas tanpa mengira sempadan. Ejen Simen kita masih di Milan, jadi pergerakannya agak slow sikit. Syukurlah ejen-ejen lain turut membantu melariskan jualan Simen. Jadi, kita ada dua item lagi untuk dibeli, sebelum rajah ini diisytihar sebagai PAKCIK KAYO!  Keep donating... Let's Help Ummu Salamah :)


The Best Lunch @Jalan Masjid India


Abah vs  Shamil :) ops.. vs Munir

At last, tersenyum! :)

Sedap uuuu....

Nak tambah?

The 3 boys, where is zul?

The girls are more sopan :) , as always

Distributing lunch



Aik, macam makan kat rumah? hmmm...

Irfan, jangan la tengok macam tuuu....

Alahaiii... Pi'e, Pi'e...

Kakak yang penyayang

BFF

Monday, November 14, 2011

Latest Update: Jualan Bahan Binaan


Click image to enlarge

Latest update: Alhamdulillah, berkat sokongan padu ejen-ejen bertauliah Ummu Salamah dengan usaha kuasa dua, 3 items sudah pun SOLD OUT. Setakat ini kita ada 12 orang ejen dan Top Ejen kali ini jatuh kepada Ejen Syikin!! Setakat ini beliau telah berjaya meraih jualan bernilai RM4800. Tempat ke-2 sekarang ini ialah Ejen Haris, dan Ejen Bata 001 sedang mengekor di jarak yang dekat.  Buat semua dan saudara mara kita, ribuan terimakasih diucapkan atas pertolongan yang dihulurkan.  Terimakasih semua.  Teruskan usaha kita ini, InsyaAllah, bulan depan kita semua boleh tengok Asrama Puteri yang baru :)

Opssss... ada satu lagi berita baik! Saya dah pun discuss dengan Brother Mufa yesterday, katanya bata-bata tu kita boleh beli 2 pada harga 1. Great news! Nampaknya Saudara Kazam mesti tersenyum lebar, sebab dialah Ejen Bata 001.  Tell your frens, syarikat pembekal bata dengan murah hati bagi korang 2 for the price of one!  :)  (Lemme update the double amount of bricks)

Ralat - Mohon maaf, berlaku sedikit kesilapan kiraan sebelum ini. Ejen Haris bagitau 2 tiang pagar dah dijual, tapi saya tersilap pi tanda 20. Maklumlah, dah tak sabar rasanya nak tengok tiang pagar. Jadi ada 18 lagi tiang pagar. Sesiapa yang mahu menderma tiang pagar bolehlah contact Ejen Haris ya.
Buat semua para dermawan, banyak-banyakkanlah berdoa kerana Allah telah berjanji akan membantu saudara sekalian bila kalian membantu anak-anak yatim ini. Amin....

Day 2 : Putrajaya Trip


Selesai shopping di Mydin dan makan tengahari di booth Ummu Salamah, anak-anak dijadualkan untuk berlepas ke Putrajaya. Mereka akan di bawa melalui lebuhraya MEX menuju ke Dataran Putra bagi menunaikan solat zuhur di Masjid Putra. 

Menunggu bas untuk ke Putrajaya
Linda, Munir, Intan, Lina, Mag dan anak-anak turut serta dalam misi kali ini.  Depa ni pulak teruja sebab first time dapat naik bas secanggih ni.... Where is Linda? Well, Linda ada kat depan, bertugas sebagai touris guide hari ni.

Ni baru betul bas VVIP
Hujan turun dengan lebatnya semasa kami tiba di Masjid Putra.  Selesai solat, hujan reda seketika, dan rakan-rakan Alumni lain turut hadir memberikan sokongan.  Thanks Yan, Rosland and Kazam serta anak-anak and isteri.

Yan & anak-anak

Munir, munir.... :) with kazam & son
Rosland & son

Menunggu Cruise... Adik Irfan buat apa tu? :)

Cruising

First time for Ezri, 3rd time for mom :) so comel!


Adik Wani

Seronok, kan?

Abang Saiful dan adik-adik

Umi

Bagi can la Abah nak enter frame...










Next stop Taman Warisan Pertanian

Meriahnya Let's Help Ummu Salamah

Hari Kedua anak-anak Ummu Salamah di kota Kuala Lumpur. Lebih kurang pukul 10 pagi, booth Ummu Salamah mula dibuka. Bantuan pertama datang daripada dua keluarga kecil tapi besar. Abang Saiful (from Ummu Salamah), turut membantu mengangkat barang-barang jualan dari bilik hotel ke booth Let's Help Ummu Salamah.  Thank you Saiful :)


McNa's family - setting up Table 1

Mag's Family - Table 2
Kami agak risau kerana barangan laris di pasaran semasa Hari Pertama. Sedang kami sibuk menyediakan kelengkapan. Tiba-tiba, bantuan kedua tiba - Zahani, Che Su and my long lost friend, Sleed (aka Three Miss Pelaris) Memang sangat-sangat teruja kerana kali terakhir saya bertemu Sleed ialah pada awal tahun 1989. God! That was like 22 years ago?? Terimakasih Sleed kerana turut serta hari ni.


With Sleed

Sekarang, kita tunggu bantuan ke tiga - Kia (who else).  Apa Kia akan bawak (ole-ole daripada Nurul and her own) ke booth Ummu Salamah pagi ini. Wahhhhhhh!!! Saujana mata memandang... kerisauan awal pagi tadi berubah menjadi harapan yang menggunung tinggi.  See all the toys!



Ini mesti doa Shahir semalaman - we need more toys, more toys... more toyssss.... Thank You Kia, Nurul and Linda's fren yang kita sempat lambai-lambai saja dari booth.  Korang semua memang marvellous!



Next, Munir and Intan tiba dengan biskut-biskut yang paling sedap di dunia, apa lagi kalau bukan Intan's Oven cookies.  Wow, people... Lihatlah apa terjadi bila kita saling berganding bahu. Now, anak-anak Ummu Salamah pun tiba di booth LHUS. Sungguh-sungguh meriah booth kita! Allah is Great.
Munir and Bro Mufa @LHUS. Also Saiful (far left)

Anak-anak turut meluangkan masa mereka di booth LHUS, dimana para penderma dapat melihat mereka secara 'live' gitu.  Beberapa penderma yang hadir dilihat mengusap-usap kepala anak-anak ini, seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW. Sangat terharu melihat para dermawan mengamalkan sunnah Rasulullah.

The Children of Ummu Salamah

Selain menonton video klip Let's Help Ummu Salamah arahan Kak Limah, anak-anak turut meninjau permainan yang di jual di booth ini. Siapa lah tak teruja melihat permainan kecil-kecil ini. Kakak kita yang baju petak-petak tu, dengan senang hati menaja beberapa hadiah kecil buat si comel ni.  'Ambil, ambil, kakak ni bayar...'. Akan tetapi, anak-anak Ummu Salamah ini sangat-sangat pemalu dan sudah di latih untuk tidak berlebih-lebih. Jadi, kebanyakan mereka refuse to take, walaupun disuruh berkali-kali.  Brother Mufa, awat la tak bagi depa ambik. Karang boleh jugak Brother main lepas depa ni tidur. Acah je brother.
Anak-anak mencuba toys

Zahani and Che Su busy melayan anak-anak
Look at those kids.  Memang mereka asyik sangat dengan semua permainan tu.  Kakak kita tu pulak dalam pada sibuk memakaikan baju anak patung Barbie, masih sempat melontarkan senyuman kepada
cameraman. Wah! Sungguh natural gitu.  Inilah baru dikatakan gaya seorang ratu. Yup, Miss Venezuela@LHUS.

Three Miss Pelaris membantu di booth. Yang biru kat tangan tu ialah baju Barbie :)

Teropong sapa tu dik???

Barisan ratu & bodyguard@LHUS
Two thumbs up to Shahir! Yup, bertugas dengan penuh semangat sejak hari pertama.  Zahani (our Miss Venezuela) sangat-sangat kagum dengan kebolehan dan komitmen Shahir dalam mengendalikan jualan di booth LHUS.  FYI, Shahir ni baru Tingkatan 1, tapi memang dah ada skil bisnes yang baik.  He remembers everything that he sells, and communicates well with customers. Well Done Shahir!

Shahir with late breakfast. Great Job, Well Done.
Ini Shahir, dah pukul berapa baru breakfast. Memang berselera betul + Malu2 Kucing Auntie ambik gambar dia.  Alhamdulillah, di Karnival kali ini , kita telah meraih jualan sebanyak  RM13++ (Exact figure to be updated). Syukur pada Allah atas rezeki anak-anak Ummu Salamah.  Makin dekat kita kepada siapnya Asrama Puteri Ummu Salamah. Terimakasih buat pembeli dan penderma.

Miss Prada for charity sale starting @RM100. Call 013-981 1041(Mag)







Sunday, November 13, 2011

Day 1 : Ummu Salamah @Karnival Makanan Warisan


Perjalanan dari Gerik ke KL memakan masa lebih kurang 6 jam.  28 pelajar beserta dengan 4 orang penjaga turt serta dalam trip kali ini.  Perjalanan ke KL pada asalnya dirancang pada 3 pagi. Namun tertangguh ke pukul 6 kerana bas yang di sewa mengalami kerosakan.  Tunggu, punya tunggu, rupanya perancangan Allah jua yang terbaik kerana bas rosak tersebut diganti dengan bas yang sangat-sangat-sangat selesa (bas VVIP, jangan marah).   Dengar khabarnya bas berhenti 2 kali di Hentian bagi upacara buang membuang.  Di top-up pula dengan adengan 'treasure hunt' di mana salah salah seorang si kecik tersesat di hentian (Shafie). 

Wah! Luxury interior

Alhamdulillah, akhirnya semua selamat sampai di ibukota.  Destinasi pertama ialah Kompleks Kraf, dimana krew Let's Help Ummu Salamah sudah pun berada di lokasi kejadian Sponsored Packed Lunch @Kompleks Kraf. Jutaan terimakasih buat senior ex-STF (Sekolah Tun Fatimah) yang begitu bermurah hati menyediakan nasi tomato yang serta merta dicalonkan sebagai tersedap di nusantara.  Memang betul2 sedap. 



Rezeki anak-anak dapat naik bas VIP
 

Menikmati hidangan nasi tomato. Yummy!

Gendang gendut tali kecapi

Selepas solat dan makan tengahari di Kompleks Kraf, anak-anak Ummu Salamah dibawa ke KLCC untuk acara lawatan ke PetroSains. Lawatan ini juga turut di 'sponsor' oleh insan-insan yang berhati kamil. (Thanks all :))Anak-anak Ummu Salamah kelihatan agak takut-takut dengan persekitaran KL yang sangat baru bagi mereka. In fact, the girls semua takut naik escalator.  Tak apa dik, Uncle Munir pun kadang-kadang tersilap escalator dengan kalkulator.

@PETROSAINS


1 Malaysia? Munir briefing the kids
Si hensem dua orang ni pun ikut serta

Queueing
More queueing

and more

Jurukamera bertugas


Trying things

What is this?


Highlight of the day
Pandak bergaya depan F1

Curious

Irfan....?





Smile..... Little Guys


Handsome guys


BFF
 
Group photo

Kepenatan...


 
Selepas berada selama 2 jam di Petrosains, anak-anak ini seterusnya di bawa ke bilik penginapan (juga turut ditaja) di hotel bersebelahan dengan tapak Karnival Makanan Warisan 1 Malaysia. Mereka dijadualkan untuk turut sama makan malam bersama TPM di majlis Makan Bersama Rakyat.

@KARNIVAL
Busy allocating rooms

Boleh berehat sat

Next, dinner with TPM @tapak Karnival Makanan Warisan 1 Malaysia. Anak-anak semua keletihan. Khabarnya mereka tidak tidur semalaman kerana menunggu bas tiba. 


Dinner - Berselera Pandak... :)

So many people ma...

Hari yang sangat panjang untuk anak-anak Ummu Salamah, hinggakan ada yang tertidur di meja makan. Time for bed, gud nite kids. Esok kita ke Putrajaya pula :)


Kesian kan...