Saturday, January 7, 2012

Saya Makan Hati Encik Othman

Fendi, Kazam, Ida & Weng bersama beloved Cikgu Ali Badri

27.12.2011, Secret Recipe Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Pertemuan diatur untuk sahabat Fendi yang berkunjung ke KL. FYI, sahabat kita ni bekerja di sebuah syarikat oil & gas di Singapore. Mulanya memang ada a few more frens yang dijemput.  Tapi kebanyakannya dah angkut keluarga bercuti luar drp KL. Jadi mana2 yang dekat dan free je lah yang datang. Small crowd. Tapi, anak-anak saya semua pasti ingat Uncle Fendi forever! Bila Iffah (my daughter) tengok gambar ni, dia cakap - "Hor! Malam tu.."

Kebetulan pula Cikgu Ali Badri sedang menunggu anaknya operate di Az-Zahra, jadi terus kita jemput Cikgu untuk turut serta.  Weng terkejut melihat Cikgu Ali, "Kenapa tak cakap Cikgu ada, kalau tak boleh pakai smart sikit!". Ha ha.. Cikgu Ali memang terkenal dengan senyumannya yang tak putus2. Saya ingat masa di Kulim dulu, tiap kali masuk ke bilik guru, yang pertama2 menyapa kita adalah senyuman Cikgu Ali Badri. Terimakasih, Cikgu, senyuman cikgu tu membolehkan saya menyambung study ke peringkat PhD.  
Benar kata Cikgu Ali, dulu beliau frust betul tak dapat sambung ke peringkat PhD atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Walhal, Cikgu Ali Badri merupakan pelajar yg paling cemerlang.  Namun, kata pegawai MARA pd Cikgu Ali, kamu mungkin tidak dapat Dr, tapi kamu akan produce lebih ramai Dr.  Tepat sekali jangkaan itu. Terimakasih Cikgu kerana memilih untuk menjadi tenaga pengajar di MRSM.  Berkat jasa Cikgu, ramai sahabat2 kita dah jadi Dr. Kalau tak silap separuh drp batch kami dah jadi doktor pakar. Dan   beberapa orang lagi sudahpun ada PhD.

Memang seronok mengimbau kembali kenangan semasa di Kulim. Kami semua kagum dengan si Fendi sebenarnya, dia dapat ingat so many things masa kat Kulim. Especially when it relates to academic. Fendi, no wonder la McNa cakap kau dulu nerd masa kat Kulim! ha ha... opsss, sebenarnya McNa tak cakap centu, aku je yang tambah garam tu! Ye la Fendi, memang top scorer, tapi tak sangka pulak dia cerita Cikgu Ali bagi nasihat yang sangat berguna pada dia. Nasihatnya "Fendi, awak tak payah buat homework matematik ni, awak dah pandai, awak pegi belajar Geografi sebab Geografi awak lemah". Memang kita pun tergelak-gelak dengar cerita Fendi. 

Soalan cepumas Fendi : "Apa yang korang ingat pasal Encik Othman?" 
Mag : "Aku ingat dia selalu pangge nama penuh aku dalam kelas"
Ida: "Dia selalu suruh hafal 3 examples"
Kazam: kau ingat tak kazam apa tip2 Cikgu Othman??
Fendi : Korang ingat tak 'Saya Makan Hati Encik Othman'?


Memang nak pecah perut ketawa. Betul lah tu, kalau nak hafal 5 tasik di Amerika Utara, hafal je SMHEO -Saya Makan Hati Encik Osman ie. Superior, Michigan, Huron, Erie dan Ontario. Wah Fendi! Kau masih boleh ingat semua tu. Tentulah tak kering gusi kita mendengar cerita2 Fendi. Thank you for enlightening us.

Di akhir pertemuan, Fendi menyerahkan cek bernilai RM30K untuk projek pertanian Ummu Salamah.  I had to leave early sebab esoknya ada majlis perkahwinan adik. Jadi, memang tak sempat nak tengok apa2 cek pun.  Ida cerita, dia tunjukkan cek tu pada Cikgu Ali. And Fendi told them about what he has done kat Selatan Thai. Kata Fendi, ehidupan mereka di sana sangat dhaif.  Yup, he n frens supply mesin jahit utk mereka di sana (n later paksa kawan2 buat tempahan! :) ) sebagai cara untuk mereka menjana ekonomi. 

Cikgu Ali melihat cek, dan bercerita. Katanya sewaktu PKP Kulim mula ditubuhkan, Cikgu Zain selaku pengetua berkata, tujuan PKP ditubuhkan bukanlah hanya semata-mata untuk groom pelajar dengan straight A's. Tapi untuk mendidik mereka ini menjadi 'manusia'. Cikgu Ali menyambung, katanya "saya rasa kita dah capai objektif kita". 

To all my frens@Kulim89, kata-kata Cikgu Ali sangat-sangat bermakna buat saya.  Saya pasti kata-kata itu menyentuh hati sahabat2 seperti mana ia menyentuh hati saya.  To me, kita adalah berkat doa cikgu-cikgu kita. Terimakasih yang tidak terhingga buat Cikgu Ali n all our teachers.  Saya Makan Hati Encik Othman will be remembered forever.

PS: Terimakasih buat rakan-rakan yang hadir. Reunion 2012. InsyaAllah.

Barang-Barang

Semasa entry ini ditulis, azan subuh sudah berkumandang. Jadi saya akan postkan entry ini secepat mungkin..




Ini adalah antara barangan yang dihantar ke Ummu Salamah jasa kalian semua.  Barangan dihantar berdikit-dikit daripada kedai Ayong, mengikut keperluan kerja pembinaan.  

5 minutes for this entry, not bad uh? ok now time for solat, kena bangunkan my sleeping beauties. Tkasih semua.

Selamat Tahun Baru!

Tabung Cat Mengecat masih lagi dibuka. Buat masa sekarang, derma pertama bermula dengan RM380, seterusnya RM610. Moga yang membaca entry, dapat war-warkan kepada teman-teman rapat, dan boleh menjadi ejen kami :)  As easy as, ask your fren, "Nak derma tak cat untuk Ummu Salamah? Kalau nak, bak RM50, kalau tak de byk tu, banyak mana pun boleh :)" . Ataupun tanyalah apa-apa yang sewaktu dengannya. 

Kebanyakan rakan-rakan saya menyatakan mereka rasa sangat malu untuk meminta derma. Sebenarnya itu berlaku pada semua orang yg pernah minta derma. Tapi, yang sebenarnya kita tidak perlu rasa malu kerana kita membuka satu akaun akhirat untuk mereka. Saya teringat pernah saya terbaca/dengar kata-kata seperti berikut: Duit tabungan sebenar kita ialah apa yang kita belanjakan(ie. dermakan), bukan yang kita simpan di bank. Yang di simpan di bank, sememangnya no entry dalam kubur kita ya?

Itu mukadimahnya, entry sebenar ialah perihal tahun baru. Selamat Tahun Baru 2012. Hari pertama tahun 2012 di sambut dengan begitu meriah sekali.  Apa lagi kalau tak kerja cat mengecat yang sedang giat dijalankan di Ummu Salamah.  This time kita ada gambar Bigger Boss! Lights, Camera, Action!


Bigger Boss celebrating New Year
(cuba teka ada berapa orang dalam gambar ni?)
Kita bagi can dia buat solo act

Ada pembantu, besarnya yang angkat tangga tu :)

tak sakit urat ke bro?

Pro in action. ai, si kecik tu duk mengecat rupanya...

Makin ramai membantu

Dah kurang sikit sakit urat tu...

Ni arahan bertulis dan lisan serentak

Meriah rupanya!
Yang dua orang tu, jangan berebut, nak

Mujur ada si hensem Man dan si kacak Saipul :)
Permulaan Tahun Baru yang sempurna, moga tahun ini Allah makbulkan doa anak-anak untuk mendapat sebuah tempat tinggal yang sempurna. Amin... Moga Allah terus temukan kita dengan insan-insan berhati mulia.

Zap Zup Zap

27.12.2011. Musim cuti sekolah sudah menghampiri penghujungnya. Kerja-kerja plaster dinding sedang giat dijalankan. Zap zup zap dah siap sepenuhnya dinding kita. Syukurrr...





Saya pun mau bergaya donggg




Tengok tangga!

Tengok tanggaaa!



Alhamdulillah, semua dah beres... apa lagi ditunggu?? Jom Cat!


Wonder Pets

"Wonder Pets! Wonder Pets! Kami datang
Membantu anak kucing yang kesusahan
Kami tak besar dan kami tak kuat
Bila bekerjasama, semua jadi mudah."

Itu lagu tema Wonder Pets, setiap hari jam 2.30 ptg di TV (mana ya?).  2 line terakhir lagu tema itu betul2 bagus. Kami tak besar dan kami tak kuat, Bila bekerjasama semua jadi mudah! See...




Teruja sungguh melihat hasil kerja tangan-tangan kecil. 
Kerja-kerja touch-up seterusnya dilakukan oleh Bigger Boss and Wonder Pets versi Dewasa :)  
Dan hasilnya... Walla!



Cantik berseri dah rumah kita, tak lama lagi bolehlah duduk. Jangan lupa kita perlu pintu dan tingkap ya.... Oh, bahagian atas pun dah siap cat. Cantek! Alhamdulillah. Moga setiap yang ambil bahagian dalam kerja-kerja cat mengecat ini mendapat habuan sewajarnya daripada Allah SWT. Amin..  

Bahagian beranda siap di cat



Musim Cuti Sekolah

22.12.2011, harap masih belum terlambat untuk poskan entry ni. Cuti sekolah sememangnya merupakan musim yang sangat 'hectic' bagi ibubapa. Apa taknya anak-anak semua 24 jam ADA di rumah. Sampaikan saya sendiri tak sempat untuk update apa-apa di blog ini. Pesan Nabi SAW, ingat 5 perkara sebelum 5 perkara... Lapang sebelum sempit?

Back at Ummu Salamah, kerja cat mengecat sudahpun bermula! :) Ha, ini adalah tong-tong cat yang dihantar oleh Ayong (on credit), jadi kalau ada yang sudi menaja cat-cat ini, ahlan wa sahlan ya. Bagus betul Ayong, beli sedozen cat, dapat percuma DSLR cap Nikon gitu? :))))))

Beli sedozen, dpt hadiah DSLR?
 Sebenarnya, masa Bro Mufa hantar gambar-gambar ni, memang saya duk tunggu-tunggu nak tahu apa budak-budak Ummu Salamah buat masa cuti sekolah? Apa lagi kalau tak....mengecat!
Faizal da boss...
Kalau anak-anak kita dibandar ni dibawa ke Taman Botani, Muzium Alam Semulajadi etc :), anak-anak di Ummu Salamah pula ada aktiviti yang lebih mengujakan. Wah! Mereka semua mengecat bangunan asrama! Termasuklah si Pie (Shafie)...
Pie yang hebattt..

Sebelum kerja-kerja mengecat, kena 'scrap' buang dulu daki-daki saki baki kerja-kerja plaster dinding, suapa dinding jadi smooth, dan hasil mengecat nampak profesional (wah!). Jadi si kecil ni semua tak sabor-sabor menghulurkan tangan untuk membantu. 

Buang, jangan tak buang

Tekunnya kau Pie

Bigger boss bagi arahan bertulis tu..

Khusyuknya sayang oi..

Lagi arahan bertulis drp bigger boss.. 

Small hands
Begitulah terujanya anak-anak ini membantu di Ummu Salamah. Oppss... jangan ingat ini buruh kanak-kanak pula.  Mereka dilatih untuk sentiasa membantu dengan kudrat kecil mereka. Kalaulah di sekolah kita ada aktiviti mengecat, tentu saja boleh belajar - bekerjasama, bertimbang rasa, berani, keluarkan peluh, ikut arahan (bertulis atau oral :) ), hormat rakan dan yang paling penting, upahnya....MANDI SUNGAI! Jommmmm!

Chop, Pie paling comel! :)


Tingkat Atas Pun!

Tingkat atas pun dah siap! :) 
Gambar-gambar ini dikirim oleh brother Mufa 22-12-2011. Wak terima bayaran. Tkasih semua.