Sama-sama kita memanjatkan kesyukuran pada Allah SWT kerana dengan kekuasaanNya ditemukan kita dengan insan-insan soleh berhati mulia, yang sanggup membantu kala ada insan yang memerlukan. Maka, hari semalam, Isnin 12.12.11, Tabung atau Akaun Jubin kita secara rasminya telahpun ditutup. Bermakna, rakan-rakan kita telahpun sponsor 9000 keping jubin dengan harga RM1 sekeping.
Jubin-Jubin ini telahpun sampai (dibeli secara kredit) pada 6 Disember. Kerja-kerja pemasangan bermula keesokan harinya. Memandangkan belum ada lagi sesiapa yang menaja jubin2 ini, kami sepakat melantik Harath sebagai ketua Tabung Jubin dan dilancarkan pada 8 Disember. Sejurus selepas ia dilancarkan, tabung berjaya mendapatkan 2500 tajaan jubin. Secara ringkas:
Day 1. Khamis, 8/12 : 2500 sponsored
Day 2. Jumaat, 9/12 : +4990
Day 3. Sabtu, 10/12 : +2310
Day 4. Ahad, 11/12 : +530
Day 5. Isnin, 12/12 : +2000
To give a grand total of RM12330. Yup, ada extra RM3330. Jadi, baki selebihnya telahpun dipersetujui oleh beberapa penderma terakhir untuk digunakan bg membeli simen (anggaran RM1540) serta menampung kos pemasangan. Inilah masalah yang tiba-tiba timbul. Jika dilihat daripada gambar yang disiarkan sebelum ini, kita perhatikan simen yang agak tinggi perlu digunakan dibeberapa tempat. Ini disebabkan oleh level lantai yang tidak sama. Mengikut Bro Mufa, semasa lantai ini dibina, simen mix digunakan dan kurang drp sepatutnya menyebabkan lantai tidak sama level di beberapa kawasan. Jadi, sekarang kita ada option utk buat balik, tapi kosnya sangat tinggi. Bro Mufa dah pun membuat kiraan samada render, or just turap dgn simen + jubin. He already calculated and dengan kewangan yang ada, kita opt yang ini sahaja (lihatlah komennya kat bawah, errr... Kia, aku mmg tak paham so I leave it to the expert lah)
Sebenarnya timbul bebeapa persoalan takut membazir etc. Frens, lemme tell u, Bro Mufa and the rest of perngurusan Ummu Salamah adalah manusia paling berjimat pernah saya jumpa. Mungkin ini adalah disebabkan pengalaman membela anak2 yang ramai. Saya masih ingat mcm mana Bro Mufa bersungguh2 mahukan 2 bilik penginapan sahaja semasa di Jln Masjid India. Dan kami pula berkeras mahu berikan 8 bilik kerana pentingan keselesaan anak-anak. Ada satu cerita lagi di mana Bro Mufa sudah jumpa satu mata air sebesar kelingking di kawasan asrama depa. Bulan lepas, katanya, bil air turun drp RM800 ke RM150, disebabkan oleh penggunaan mata air tersebut (rahmat Allah). Jadi, saya sentiasa percaya pihak pengurusan Ummu Salamah telahpun membuat perkiraan untuk hasil yang terbaik di Ummu Salamah. Saya tahu rakan2 yang bertanya jugak inginkan hasil yang terbaik untuk Ummu Salamah, akan tetapi kita sentiasalah perlu ingat kita cuma menaja jubin, tapi belum ada yg menaja kos pemasangan dan lain-lain lagi. Pemasangan masih perlu ditanggung oleh Ummu Salamah sendiri.
Ini gambar2 sekitar pemasangan Jubin hari pertama:
 |
| Piles of Tiles |
 |
| Tingkat bawah |
 |
| Tingkat Atas |
 |
| Kerja bermula |
Lagi pemasangan jubin....
Cepatnya... kata orang, lagi cepat duit, lagi cepat siap, betul ke? :)
InsyaAllah, pemasangan jubin akan selesai sekitar 10 hari bekerja. Jadi, Dalam masa seminggu lagi, kita boleh tengok hasilnya. InsyaAllah. Terimakasih untuk semua yang telah menyumbang tenaga, akal dan of course kewangan, bagi menjayakan pemasangan jubin di Asrama Puteri Ummu Salamah. Moga Allah akan membalas keikhlasan mukmin dan mukminah seperti saudara saudari dengan limpah kurnia yang setimpal. Amin... TQ semua. TQ.
Oii, apa yg puji melanbung tinggi ni? Gambar yg kedua tu adalah hari yg ketiga kerja pasang tile, so, pakat tengok yg sebelah baru tu, simen dah tinggal dlm seinci, untuk cukupkan tebal lantai 10 inci (bangunan cerun bkt, better 12 inci lantai lo)Kos kalau render lantai dulu sebelum pasang tile adalah sekitar rm3758, kemudian pasang tile lagi 4818, total dah 8500 lebih. Im trying to save some money here, also some time, so buat render serentak dgn tile, upah reduce ke 2.40 per sq feet, instead of 100 bag simen for both job, we est to use 88 bag of simen, or may be less. time dah jimat 2 hari on rendering tu