Saturday, January 7, 2012

Musim Cuti Sekolah

22.12.2011, harap masih belum terlambat untuk poskan entry ni. Cuti sekolah sememangnya merupakan musim yang sangat 'hectic' bagi ibubapa. Apa taknya anak-anak semua 24 jam ADA di rumah. Sampaikan saya sendiri tak sempat untuk update apa-apa di blog ini. Pesan Nabi SAW, ingat 5 perkara sebelum 5 perkara... Lapang sebelum sempit?

Back at Ummu Salamah, kerja cat mengecat sudahpun bermula! :) Ha, ini adalah tong-tong cat yang dihantar oleh Ayong (on credit), jadi kalau ada yang sudi menaja cat-cat ini, ahlan wa sahlan ya. Bagus betul Ayong, beli sedozen cat, dapat percuma DSLR cap Nikon gitu? :))))))

Beli sedozen, dpt hadiah DSLR?
 Sebenarnya, masa Bro Mufa hantar gambar-gambar ni, memang saya duk tunggu-tunggu nak tahu apa budak-budak Ummu Salamah buat masa cuti sekolah? Apa lagi kalau tak....mengecat!
Faizal da boss...
Kalau anak-anak kita dibandar ni dibawa ke Taman Botani, Muzium Alam Semulajadi etc :), anak-anak di Ummu Salamah pula ada aktiviti yang lebih mengujakan. Wah! Mereka semua mengecat bangunan asrama! Termasuklah si Pie (Shafie)...
Pie yang hebattt..

Sebelum kerja-kerja mengecat, kena 'scrap' buang dulu daki-daki saki baki kerja-kerja plaster dinding, suapa dinding jadi smooth, dan hasil mengecat nampak profesional (wah!). Jadi si kecil ni semua tak sabor-sabor menghulurkan tangan untuk membantu. 

Buang, jangan tak buang

Tekunnya kau Pie

Bigger boss bagi arahan bertulis tu..

Khusyuknya sayang oi..

Lagi arahan bertulis drp bigger boss.. 

Small hands
Begitulah terujanya anak-anak ini membantu di Ummu Salamah. Oppss... jangan ingat ini buruh kanak-kanak pula.  Mereka dilatih untuk sentiasa membantu dengan kudrat kecil mereka. Kalaulah di sekolah kita ada aktiviti mengecat, tentu saja boleh belajar - bekerjasama, bertimbang rasa, berani, keluarkan peluh, ikut arahan (bertulis atau oral :) ), hormat rakan dan yang paling penting, upahnya....MANDI SUNGAI! Jommmmm!

Chop, Pie paling comel! :)


No comments:

Post a Comment