Tabung Cat Mengecat masih lagi dibuka. Buat masa sekarang, derma pertama bermula dengan RM380, seterusnya RM610. Moga yang membaca entry, dapat war-warkan kepada teman-teman rapat, dan boleh menjadi ejen kami :) As easy as, ask your fren, "Nak derma tak cat untuk Ummu Salamah? Kalau nak, bak RM50, kalau tak de byk tu, banyak mana pun boleh :)" . Ataupun tanyalah apa-apa yang sewaktu dengannya.
Kebanyakan rakan-rakan saya menyatakan mereka rasa sangat malu untuk meminta derma. Sebenarnya itu berlaku pada semua orang yg pernah minta derma. Tapi, yang sebenarnya kita tidak perlu rasa malu kerana kita membuka satu akaun akhirat untuk mereka. Saya teringat pernah saya terbaca/dengar kata-kata seperti berikut: Duit tabungan sebenar kita ialah apa yang kita belanjakan(ie. dermakan), bukan yang kita simpan di bank. Yang di simpan di bank, sememangnya no entry dalam kubur kita ya?
Itu mukadimahnya, entry sebenar ialah perihal tahun baru. Selamat Tahun Baru 2012. Hari pertama tahun 2012 di sambut dengan begitu meriah sekali. Apa lagi kalau tak kerja cat mengecat yang sedang giat dijalankan di Ummu Salamah. This time kita ada gambar Bigger Boss! Lights, Camera, Action!
 |
Bigger Boss celebrating New Year
(cuba teka ada berapa orang dalam gambar ni?) |
 |
| Kita bagi can dia buat solo act |
 |
| Ada pembantu, besarnya yang angkat tangga tu :) |
 |
| tak sakit urat ke bro? |
 |
| Pro in action. ai, si kecik tu duk mengecat rupanya... |
 |
| Makin ramai membantu |
 |
| Dah kurang sikit sakit urat tu... |
 |
| Ni arahan bertulis dan lisan serentak |
 |
Meriah rupanya!
Yang dua orang tu, jangan berebut, nak |
 |
| Mujur ada si hensem Man dan si kacak Saipul :) |
Permulaan Tahun Baru yang sempurna, moga tahun ini Allah makbulkan doa anak-anak untuk mendapat sebuah tempat tinggal yang sempurna. Amin... Moga Allah terus temukan kita dengan insan-insan berhati mulia.
No comments:
Post a Comment