Hari Kedua anak-anak Ummu Salamah di kota Kuala Lumpur. Lebih kurang pukul 10 pagi, booth Ummu Salamah mula dibuka. Bantuan pertama datang daripada dua keluarga kecil tapi besar. Abang Saiful (from Ummu Salamah), turut membantu mengangkat barang-barang jualan dari bilik hotel ke booth Let's Help Ummu Salamah. Thank you Saiful :)
Kami agak risau kerana barangan laris di pasaran semasa Hari Pertama. Sedang kami sibuk menyediakan kelengkapan. Tiba-tiba, bantuan kedua tiba - Zahani, Che Su and my long lost friend, Sleed (aka Three Miss Pelaris) Memang sangat-sangat teruja kerana kali terakhir saya bertemu Sleed ialah pada awal tahun 1989. God! That was like 22 years ago?? Terimakasih Sleed kerana turut serta hari ni.
Ini mesti doa Shahir semalaman - we need more toys, more toys... more toyssss.... Thank You Kia, Nurul and Linda's fren yang kita sempat lambai-lambai saja dari booth. Korang semua memang marvellous!
Next, Munir and Intan tiba dengan biskut-biskut yang paling sedap di dunia, apa lagi kalau bukan Intan's Oven cookies. Wow, people... Lihatlah apa terjadi bila kita saling berganding bahu. Now, anak-anak Ummu Salamah pun tiba di booth LHUS. Sungguh-sungguh meriah booth kita! Allah is Great.
 |
| Munir and Bro Mufa @LHUS. Also Saiful (far left) |
Anak-anak turut meluangkan masa mereka di booth LHUS, dimana para penderma dapat melihat mereka secara 'live' gitu. Beberapa penderma yang hadir dilihat mengusap-usap kepala anak-anak ini, seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW. Sangat terharu melihat para dermawan mengamalkan sunnah Rasulullah.
 |
| The Children of Ummu Salamah |
Selain menonton video klip Let's Help Ummu Salamah arahan Kak Limah, anak-anak turut meninjau permainan yang di jual di booth ini. Siapa lah tak teruja melihat permainan kecil-kecil ini. Kakak kita yang baju petak-petak tu, dengan senang hati menaja beberapa hadiah kecil buat si comel ni. 'Ambil, ambil, kakak ni bayar...'. Akan tetapi, anak-anak Ummu Salamah ini sangat-sangat pemalu dan sudah di latih untuk tidak berlebih-lebih. Jadi, kebanyakan mereka refuse to take, walaupun disuruh berkali-kali. Brother Mufa, awat la tak bagi depa ambik. Karang boleh jugak Brother main lepas depa ni tidur. Acah je brother.
 |
| Anak-anak mencuba toys |
 |
| Zahani and Che Su busy melayan anak-anak |
Look at those kids. Memang mereka asyik sangat dengan semua permainan tu. Kakak kita tu pulak dalam pada sibuk memakaikan baju anak patung Barbie, masih sempat melontarkan senyuman kepada
cameraman. Wah! Sungguh natural gitu. Inilah baru dikatakan gaya seorang ratu. Yup, Miss Venezuela@LHUS.
 |
| Three Miss Pelaris membantu di booth. Yang biru kat tangan tu ialah baju Barbie :) |
 |
| Teropong sapa tu dik??? |
 |
| Barisan ratu & bodyguard@LHUS |
Two thumbs up to Shahir! Yup, bertugas dengan penuh semangat sejak hari pertama. Zahani (our Miss Venezuela) sangat-sangat kagum dengan kebolehan dan komitmen Shahir dalam mengendalikan jualan di booth LHUS. FYI, Shahir ni baru Tingkatan 1, tapi memang dah ada skil bisnes yang baik. He remembers everything that he sells, and communicates well with customers. Well Done Shahir!
 |
| Shahir with late breakfast. Great Job, Well Done. |
Ini Shahir, dah pukul berapa baru breakfast. Memang berselera betul + Malu2 Kucing Auntie ambik gambar dia. Alhamdulillah, di Karnival kali ini , kita telah meraih jualan sebanyak RM13++ (Exact figure to be updated). Syukur pada Allah atas rezeki anak-anak Ummu Salamah. Makin dekat kita kepada siapnya Asrama Puteri Ummu Salamah. Terimakasih buat pembeli dan penderma.
 |
| Miss Prada for charity sale starting @RM100. Call 013-981 1041(Mag) |
No comments:
Post a Comment