Perjalanan dari Gerik ke KL memakan masa lebih kurang 6 jam. 28 pelajar beserta dengan 4 orang penjaga turt serta dalam trip kali ini. Perjalanan ke KL pada asalnya dirancang pada 3 pagi. Namun tertangguh ke pukul 6 kerana bas yang di sewa mengalami kerosakan. Tunggu, punya tunggu, rupanya perancangan Allah jua yang terbaik kerana bas rosak tersebut diganti dengan bas yang sangat-sangat-sangat selesa (bas VVIP, jangan marah). Dengar khabarnya bas berhenti 2 kali di Hentian bagi upacara buang membuang. Di top-up pula dengan adengan 'treasure hunt' di mana salah salah seorang si kecik tersesat di hentian (Shafie).
 |
| Wah! Luxury interior |
Alhamdulillah, akhirnya semua selamat sampai di ibukota. Destinasi pertama ialah Kompleks Kraf, dimana krew Let's Help Ummu Salamah sudah pun berada di lokasi kejadian Sponsored Packed Lunch @Kompleks Kraf. Jutaan terimakasih buat senior ex-STF (Sekolah Tun Fatimah) yang begitu bermurah hati menyediakan nasi tomato yang serta merta dicalonkan sebagai tersedap di nusantara. Memang betul2 sedap.
 |
| Rezeki anak-anak dapat naik bas VIP |
 |
| Menikmati hidangan nasi tomato. Yummy! |
 |
Gendang gendut tali kecapi
|
Selepas solat dan makan tengahari di Kompleks Kraf, anak-anak Ummu Salamah dibawa ke KLCC untuk acara lawatan ke PetroSains. Lawatan ini juga turut di 'sponsor' oleh insan-insan yang berhati kamil. (Thanks all :))Anak-anak Ummu Salamah kelihatan agak takut-takut dengan persekitaran KL yang sangat baru bagi mereka. In fact, the girls semua takut naik escalator. Tak apa dik, Uncle Munir pun kadang-kadang tersilap escalator dengan kalkulator.
@PETROSAINS
 |
| 1 Malaysia? Munir briefing the kids |
 |
| Si hensem dua orang ni pun ikut serta |
 |
| Queueing |
 |
| More queueing |
 |
| and more |
 |
| Jurukamera bertugas |
 |
| Trying things |
 |
| What is this? |
 |
| Highlight of the day |
 |
| Pandak bergaya depan F1 |
 |
| Curious |
 |
| Irfan....? |
 |
| Smile..... Little Guys |
 |
| Handsome guys |
 |
| BFF |
 |
| Kepenatan... |
Selepas berada selama 2 jam di Petrosains, anak-anak ini seterusnya di bawa ke bilik penginapan (juga turut ditaja) di hotel bersebelahan dengan tapak Karnival Makanan Warisan 1 Malaysia. Mereka dijadualkan untuk turut sama makan malam bersama TPM di majlis Makan Bersama Rakyat.
@KARNIVAL
 |
| Busy allocating rooms |
 |
| Boleh berehat sat |
Next, dinner with TPM @tapak Karnival Makanan Warisan 1 Malaysia. Anak-anak semua keletihan. Khabarnya mereka tidak tidur semalaman kerana menunggu bas tiba.
 |
| Dinner - Berselera Pandak... :) |
 |
| So many people ma... |
Hari yang sangat panjang untuk anak-anak Ummu Salamah, hinggakan ada yang tertidur di meja makan. Time for bed, gud nite kids. Esok kita ke Putrajaya pula :)
 |
| Kesian kan... |
No comments:
Post a Comment