Thursday, November 10, 2011

11.11.11

Alahamdulillah, Allah memberikan kita sejuta rahmat untuk berada di hari yang sungguh istimewa, 11.11.11.  Lebih istimewa kerana hari ini adalah hari Jumaat, penghulu segala hari. Semalam Abdulfattah, anak sulung saya menyampaikan berita gembira kerana dia dianugerahkan sebagai Pelajar dengan Peningkatan Terbaik kelasnya. Alhamdulillah... dan hari ini berita lebih gembira dengan jualan beberapa bahan binaan Asrama Puteri Ummu Salamah. 

Para dermawan, pada hari ini, saya mendoakan tuan-tuan dan puan-puan serta adik-adik sekalian mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat.  Saya berdoa agar doa dari insan kecil seperti saya ini di makbulkan Allah.  Saya percaya anak-anak Ummu Salamah akan turut mendoakan agar diberatkan timbangan kebaikan tuan-tuan & puan-puan di hari kemudian.  InsyaAllah berkat pertolongan semua dapatlah disempurnakan Asrama Puteri Ummu Salamah.

Update Sponsor Bahan Binaan 11.11.11

Click image to enlarge

No comments:

Post a Comment