Tarikh : 4 October 2011Tempat : Lovely Lace 2 @ Nurul's , Putrajaya
Delegasi Let's Help Ummu Salamah diwakili oleh Nurul, Fina, Masturah, Ida dan Mag bersama-sama dengan ketua pasukan McNa telah mengadakan perbincangan pertama dalam merangka dan menetapkan hala tuju program bakti pertama kita.
Mesyuarat dimulakan dengan penerangan profil syarikat Ummu Salamah Sdn Bhd. McNa menjelaskan, beberapa kriteria yang ketat perlu dipatuhi untuk didaftarkan sebagai rumah anak-anak yatim. Justeru, pihak pengurusan telah memilih untuk didaftarkan sebagai Ummu Salamah Sdn Bhd bagi menjana pendapatan serta menguruskan dana yang disumbangkan orang ramai bagi anak-anak yatim terlibat. Pada masa sekarang, Ummu Salamah membiayai seramai 37 anak-anak, di mana 17 orang tinggal di asrama dan selebihnya masih menetap bersama saudara mereka. Anggaran pembiayaan di Ummu Salamah adalah sebanyak RM12,700 sebulan (what!!! sampai tumpah air satu jug! sorry nurul!) di mana sumber pendapatan banyak bergantung kepada sumbangan orang ramai. McNa membayangkan pada kita semua bagaimana keadaan di Gerik, sangat-sangat jauh di pendalaman, menyebabkan kewujudan mereka kurang diketahui ramai.
Setakat ini, 5 buah bangunan telah dibangunkan oleh Ummu Salamah Sdn Bhd bagi menampung perkembangan saiz kumpulan anak-anak yatim. Bangunan-bangunan tersebut adalah
1. Dewan Makan
2. Surau
3. Asrama Pelajar Lelaki
4. Asrama Pelajar Perempuan
5. Rumah Kedai
Hanya Dewan Makan telah siap sepenuhnya dan sebahagiannya digunakan sebagai asrama sementara pelajar perempuan. Justeru, Ummu Salamah Sdn Bhd amat-amat memerlukan sokongan orang ramai serta syarikat-syarikat korporat bagi merealisasikan hasrat untuk menyempurnakan penempatan yang selesa bagi anak-anak yatim di situ. Pelbagai pihak telah membantu dalam usaha ini termasuk bantuan daripada bekas pelajar-pelajar MRSM Kulim. Namun, di fahamkan, kos sara hidup harian anak-anak di situ masih belum dapat di tampung sepenuhnya dan kadang kala terpaksa di 'korban'kan sedikit dana pembangunan.
Sebelum kita membantu Ummu Salamah, Ketua Pasukan, McNa telah mencadangkan agar kumpulan kita didaftarkan terlebih dahulu agar dapat bergerak secara rasmi. Kami sepakat bersetuju dan pertandingan Nama Paling Sesuai serta Logo Paling Afdal akan diadakan dalam masa terdekat. Pasukan Ahli J/Kuasa Penaja juga telah dinamakan seperti berikut:
Tuan Presiden : Muniaq
Naib Presiden : McNa

Sekretari I : Nurul
Sekretari II : Mas
Bendahari : Fina
Penyimpan Kira-Kira : Yaty
AJK:
1. Ida
2. Syarq
3. Haris
4. Mat Rock
5. Harath
6. Zack
7. Mag (sorry Juan, my lucky number is seven...)
8. Juan
9. Dayen
10. Syahril
11. Zef
(Mula2 lupa nama 4 orang, termasuk diri sendiri, then Mag has been helped!!!)
Alhamdulillah, lega dapat jadi AJK Easy Tasking.
Justeru, setelah sesi 'brainstorming' dan secawan nescafe(manis oooo) serta kek sangat sedap, pasukan 'Let's Help Ummu Salamah' telah membahagikan bantuan kepada dua kategori:
Kategori 1 (Short Term) : Bantuan Naik Sekolah (December)
Kategori 2 (Long Term) : Tabung bagi menyiapkan Asrama Pelajar Perempuan
1. Bantuan Naik Sekolah :
Dicada
ngkan untuk diadakan awal December. Kita pun sedia maklum 'Naik Sekolah' merupakan satu fenomena besar dalam mana-mana keluarga, apatah lagi keluarga Ummu Salamah dengan 37 orang anak-anak. Oleh itu, bantuan sebanyak RM16,000 dicadangkan untuk dijana oleh pasukan kita bagi program 'Naik Sekolah'. Bantuan akan diuruskan dalam bentuk barangan dan juga RM. Program 'MY UMMU' dan penajaan daripada syarikat-syarikat seperti Mydin, Jusco dsb akan diusahakan oleh pasukan kita. InsyaAllah.2. Dana Penyiapan Asrama Pelajar Perempuan :
Satu tabung akan dimulakan untuk menyiapkan Asrama Pelajar Perempuan. Ini merupakan satu program yang sangat besar untuk pasukan 'Let's Help Ummu Salamah'. Kepakaran dan tenaga akan diperlukan bagi menjana wang untuk tabung ini. Kami telahpun menerima cadangan M
uniaq untuk mengadakan Karnival di Alamanda. Disebabkan Muniaq tidak dapat hadir pada perjumpaan kali ini, perkara ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci di bawah nasihat Muniaq. Walaubagaimanapun, pasukan kita akan bergerak secara 'online' dengan Jualan 'Branded Items' bagi tabung ini. Mag dan Nurul akan bergabung tenaga mengusahakan satu laman FB bagi jualan ini. McNa telah pun menghubungi beberapa orang ahli parlimen bagi mendapatkan sumbangan. (InsyaAllah, POSITIF, POSITIF, doakan..) Beberapa cadangan lain telah diutarakan seperti setiap orang menjana RM1000 di tempat masing-masing, Adopt A Child, Sponsor My Senamrobik dan Sponsor My Marathon. Namun, semuanya masih di peringkat perbincangan.
uniaq untuk mengadakan Karnival di Alamanda. Disebabkan Muniaq tidak dapat hadir pada perjumpaan kali ini, perkara ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci di bawah nasihat Muniaq. Walaubagaimanapun, pasukan kita akan bergerak secara 'online' dengan Jualan 'Branded Items' bagi tabung ini. Mag dan Nurul akan bergabung tenaga mengusahakan satu laman FB bagi jualan ini. McNa telah pun menghubungi beberapa orang ahli parlimen bagi mendapatkan sumbangan. (InsyaAllah, POSITIF, POSITIF, doakan..) Beberapa cadangan lain telah diutarakan seperti setiap orang menjana RM1000 di tempat masing-masing, Adopt A Child, Sponsor My Senamrobik dan Sponsor My Marathon. Namun, semuanya masih di peringkat perbincangan.Pada peringkat ini, banyak 'paper work' yang perlu dilakukan. Permohonan bantuan daripada syarikat-syarikat serta Kementerian dan badan-badan kerajaan memerlukan kita untuk menggunakan kepala surat (letter head) sendiri. Adalah sangat mustahak untuk kita bergerak secara rasmi. InsyaAllah, kita akan ada nama dan logo rasmi. Cadangan dan pandangan rakan-rakan sangat-sangat diperlukan dengan segera!
Perlu diingatkan, bandar Gerik yang terletak jauh dipendalaman merupakan faktor utama mengapa mereka tidak mendapat pertolongan yang sepatutnya. Justeru itu, sangat-sangat wajar bagi kita untuk terus menyebarkan kepada rakan-rakan kita tentang 'Let's Help Ummu Salamah'. Medium internet harus kita guna secara total bagi tujuan penyebaran maklumat ini. Bak kata Nurul, masih ada ramai insan di luar sana yang mahu menghulurkan bantuan. Cuma mungkin Where, and How.
Kami merasakan perbincangan kami telah menghasilkan beberapa hasil yang baik. Kami sepakat menyatakan sokongan yang kuat dan kerjasama yang erat akan membuahkan kejayaan. Kami juga yakin dengan 'Let's Help Ummu Salamah' dan keyakinan kami ini bersandarkan kepada janji Allah yang akan membantu mereka yang membuat kebaikan di atas muka bumi. Brother Mufa dan Kak Salamah begitu yakin untuk membesarkan 37 orang anak (47 termasuk 10 anak sendiri). Jadi, sewajarnya kita juga yakin untuk membina 'sebuah' Asrama Anak Yatim. (note: sebuah, bukan 37 buah).

Pertemuan rasmi wakil Pasukan 'Let's Help Ummu Salamah' diakhiri dengan 'penyelongkaran' Used Branded Items for Sale. Memang banyak barangan yang ada, dan boleh buat one huge booth. Mesyuarat tamat secara rasmi tepat jam 12, dan ketika itu juga turunnya hujan rahmat. Moga Allah memberkati dan meredhoi hasrat kami. Amin Ya Rabbal A'lamin.ps: Thanks Nurul for inviting us to your Lovely Lace 2. Fina, next round bawak carrot cake, yang ada carrot kat dalam (Take note, McNa)

No comments:
Post a Comment