Kulim89 secara rasminya bersetuju memilih this pretty lady (lihat sebelah) sebagai ketua pasukan 'Let's Help Ummu Salamah'. Aha! Katanya favourite pass time ialah shopping pinggan. Tapi, itu dulu-dulu lah, sekarang hobinya ada juga berkenaan dengan pinggan, or is it pinggang? Memang penulis ada sedikit kekeliruan di sini. Walaubagaimanapun, McNa dengan berbesar hati dan redho hati telah memilih bulan Syawal ini sebagai tarikh permulaan untuk mengenali Ummu Salamah. Sememangnya menjadi satu kelebihan bagi team kita kerana ketua pasukan memang sangat arif dengan bandar Gerik ini. So, Let's check out what she has done.Ya, Hari Raya merupakan hari yang sangat-sangat menggembirakan untuk anak-anak, kan? Pada 25hb Sept@ 27 Syawal, setelah menggunakan segala pengaruh yang ada, kesemua anak-anak di Ummu Salamah telah dijemput untuk menghadiri majlis Hari Raya anjuran Balai Polis Gerik. 37 kesemuanya anak-anak Ummu Salamah. Tentulah sangat riang gembira menikmati hidangan kambing golek, ayam bakar, nasi tomato berkuah kurma kambing, roti jala, ketupat, lemang... Haiii tak boleh sebut banyak sangat, nanti bisa menggagalkan program diet Xenang. Jaga2 kemungkinan berlaku kejutan elektrik di tempat kerja, hanya disebabkan kelenjar saliva yang bekerja secara berlebihan. Oh No! Lap cepat saliva yang sudah terleleh. Eh, Mcna, mana gambar kambing golek tu?


Tentulah lebih menggembirakan apabila Ketua Polis Daerah Gerik (correct me if I'm wrong), sudi menyampaikan sumbangan derma untuk Ummu Salamah berjumlah RM1K. Anak-anak Ummu Salamah pula dapat duit raya RM50 setiap seorang. Alhamdulillah, dapat mereka buat belanja untuk beli baju sekolah tahun depan. Tentulah sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kos seharian di Ummu Salamah.
Kata McNa, KPD memuji pengisian majlis Hari Raya yang telah dibuat oleh polis di BP Gerik tersebut. Tentu sahabat-sahabat sekalian tertanya2, macam mana pula McNa boleh terpaut dengan Balai Polis Gerik. Ha, kalau nak tahu, tengoklah sendiri gambar-gambar abang-abang polis yang hensem-hensem itu (esp. yang pakai baju fur-fur (purple)). Tahniah pada mereka atas usaha mereka ini. Kita akan menyambung langkah abang-abang polis sekalian. InsyaAllah, bak kata Loa Tzi, diterjemahkan kepada bahasa Inggeris : A journey of a thousand miles begins with one small step.

Warga Ummu Salamah bergambar kenangan
No comments:
Post a Comment